Sabtu, 13 Ogos 2011

Pembukaan dan penerangan

Permulaan....
salam kepada pelawat yang dikasihi, asalnya pembukaan blog ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia untuk mempelajari ilmu PhP dan digabungkan dengan mySQL, saya percaya bahawa ramai di luar sana banyak dibebani masalah membina laman web menggunakan bahasa PhP. Di laman ini insya Allah.. saya akan cuba sedaya upaya mempamerkan bahasa2 paling mudah difahami oleh pelajar baru untuk membantu tugasan2 yang diberikan oleh pensyarah berkaitan laman web dinamik dengan sokongan database mySQL.

Rujukan....
terdapat 2 laman web saya jadikan sebagai rujukan dan akan saya huraikan dalam bahasa malaysia dan dengan izin-Nya moga memudahkan lagi pemahaman oleh kita semua. laman web yang dirujuk ialah phpeasystep.com dan www.w3schools.com.

Realibiliti....
kesemua kod2 atucara yang bakal saya kongsikan dengan anda semua terlebih dahulu akan diuji sukses dengan output yang dikehendaki sebelum dikongsikan. Dan jika anda ingin berkongsi cari lagi mudah dari yang telah dipaparan mohon jasa baik anda semua agar dikongsi di sini supaya kita sama2 mempelajari PhP dan berjaya menyelesaikan permasalahan.

Harapan....
harapan dari terhasilnya laman ini adalah untuk membantu rakan2 kita yang lain diluar sana membina kebolehan mengaturcara bahasa PhP seterusnya melahirkan ramai rakyat Malaysia yang celik PhP. sekian selamat mencuba dan selamat berkongsi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan