Sabtu, 13 Ogos 2011

Perbezaan PhP dan HTML

Perbezaan PhP dengan HTML
ramai pengatucara bertanya apa yang membezakan PhP dengan HTML, kedua2 bahasa ini dibangunkan untuk memaparkan laman kepada pelawat2 dan pengguna internet. yang membezakan antara kedua2 bahasa ini adalah kebolehan data yang berubah ubah.

HTML biasanya digunakan hanya untuk paparan yang statik, dengan kata lain paparan yang datanya tidak perlu berubah2. banyak platform yang dipasarkan untuk membina laman berformat HTML. bahkan kita boleh membangunkan paparan HTML melalui notepad atau pun menggunakan microsoft word (jarang orang mengetahuinya).

Manakala PhP pula dibangunkan untuk paparan yang datanya berubah2 seperti harga sesuatu barang yang tidak tetap sepanjang masa, membolehkan data disalurkan melalui database, melakukan kira2 dan sebagainya. PhP juga boleh digabungkan dengan HTML di mana sesebahagian dalam paparan tidak memerlukan perubahan dan sebagainya yang melibatkan database boleh saja kita kekalkan dalam kod bahasa HTML cuma kita perlu gabungkan dengan sedikit kod bahasa PhP di bahagian yang berubah2 dengan fungsi "include" dari kelebihan PhP. untuk mengetahui lebih mengenai "include" anda boleh ke pautan kod include bila saya siapkan suatu masa nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan